2014/06/24

XAU/USD: Analisis umum


Trend semasa
Harga emas terus kekal berdekatan paras sokongan penting pada 1312.50, yang bersamaan dengan garisan Murray 4/8. Minggu lepas pergerakan ‘bears’ berulangkali cuba untuk turun ke bawah paras 1313.50, walaubagaimanapun harga tetap kembali ke paras 1320.00. Sekiranya paras ini akhirnya ditembusi, harga mungkin akan jatuh ke paras 1300.00.
Secara umumnya emas kini mempunyai permintaan tinggi di kalangan pelabur, terutamanya selepas kenyataan Janet Yellen, ketua US Fed yang mengatakan selepas pelepasan kuantitatif telah lengkap, kadar faedah di US akan dikekalkan pada paras yang rendah bagi satu tempoh yang panjang bagi menyokong ekonomi Amerika.
Emas juga telah disokong oleh situasi kompleks geo-politik di Iraq, di mana kumpulan “Negara Islam Iraq dan Levant” terus menerus meruncing. Pakar percaya yang konflik di antara puak Shiites dan Sunnis mungkin terus meningkat dan berkemungkinan menjadi peperangan yang sebenar dengan penglibatan pihak ketiga di antara USA atau Iran.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1328.13 – Murray 5/8.
Paras sokongan terdekat adalah 1312.50 – Murray 6/8.

Tips dagangan


Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga menembusi paras 1312.50 dengan order lindungan ‘stop-loss’ pada 1315.50 dan sasaran pada 1300.50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan