2014/06/24

GBP/USD: Analisis umum


Trend semasa

Selepas mencapai paras tertinggi yang baru pada paras 1.7061 pasangan matawang GBP/USD telah mengalami pembetulan arah. Pada ketika ini harga sedang meningkat sekali lagi dan pasangan matawang ini didagangkan sekitar paras 1.7029 atau garisan Murray 7/8. Sekiranya paras ini ditembusi, pergerakan dinamik yang positif kemungkinan akan berterusan, yang akan menguatkan lagi matawang British ini.
Dicatatkan bahawa data berkenaan defisit bajet di UK akan menjadi pengaruh yang kuat yang akan menyebabkan pertukaran arah pergerakan matawang Pound dan menyebabkan pergerakan ke bawah pasangan ini. Menurut statistik, bajet deficit British bulan lepas yang berjumlah 13.3 billion pounds berbanding deficit 10.9 billion pounds pada tempoh masa yang sama pada tahun yang lalu. Penganalisis percaya bahawa kenaikan pada deficit ini dikaitkan dengan peningkatan bajet perbelanjaan dan pengurangan kutipan cukai. Ramai ahli ekonomi mengaitkan keadaan semasa ekonomi British sebagai positif, menjangkakan bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan dalam masa terdekat. Komen daripada Bank of England (BOE) mengenai kemungkinan polisi kewangan diketatkan telah memberikan impak positif pada pasaran hartanah, di mana harga mulai jatuh sikit demi sedikit.
Hari ini, BOE akan mengeluarkan laporan pasaran pinjaman, yang akan memberikan gambaran situasi perbelanjaan pengguna.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1.7029 – Paras Murray 7/8.
Paras sokongan adalah 1.6968 – Paras Murray 6/8.

Tips dagangan


Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘buy’ selepas harga melepasi paras 1.7050 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.7025 dan sasaran pada 1.7090.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan