2014/06/16

EUR/USD: analisis umum


Trend semasa

Harga matawang Eropah berterusan jatuh. Minggu lepas pasangan matawang EUR/USD jatuh di bawah paras sokongan penting pada 1.3550, yang bersamaan dengan garisan Murray 1/8. Adalah dijangkakan penurunan ini akan terus menerus turun sehingga ke paras 1.3428. Tekanan paling besar pada Euro telah disumbangkan oleh keputusan European Central Bank (ECB) untuk melancarkan pelepasan kuantitatif dalam usaha untuk mengatasi inflasi yang rendah di EU.
Menurut data terkini, pihak berwajib di Eropah sedang merancang untuk mengadakan beberapa pinjaman jangka masa panjang pada kadar faedah yang tetap berjumlah 400 billion euro. Dana ini sepatutnya digunakan bagi pinjaman kepada syarikat Eropah, yang akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi. ECB juga sedang merancang untuk memeriksa sama ada dana kewangan ini digunakan secara efektif ataupun tidak. Pinjaman ini akan diberikan selama 4 tahun dengan tempoh matang pada 2018. Adakah Mario Draghi akan dapat mengatasi deflasi dengan bantuan daripada cadangan ini tidak dapat dipastikan lagi. Walaubagaimanapun,  cadangan perancangan ini akan memberikan impak yang negatif kepada Euro. Tekanan tambahan pada Euro juga telah disebabkan oleh keputusan untuk menurunkan kadar faedah utama kepada 0.15%.
Disebabkan oleh penurunan dalam kenaikan proses pengguna dan aktiviti bisnes, ECH telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi di Eropah kepada 1% pada 2014; jester para pedagang tidak begitu optimistic terhadap Euro dalam masa yang terdekat.
Tahap sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1.3550 – garisan Murray 1/8

Paras sokongan terdekat adalah 1.3428 – garisan Murray 2/8

Tips dagangan


Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga jatuh di bawah paras 1.3520 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3550 dan sasaran pada 1.3430.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan