2014/06/18

EUR/USD: ulasan umum


Trend semasa
Harga matawang Euro jatuh ke paras 1.3535 semalam berbanding dengan dollar Amerika walaupun data yang negetif dikeluarkan oleh Jerman. Adalah diketahui bahawa indeks sentimen bisnes ZEW jatuh ke paras 29.8 mata, di bawah paras jangkaan iaitu 35.2 mata.
Hari ini, beberapa data penting US akan dikeluarkan, termasuk keputusan berkenaan 2 indeks kekunci: kadar faedah utama dan jumlah pelepasan kuantitatif program; ianya mungkin akan mempengaruhi pergerakan pasangan matawang EUR/USD. Semenjak tempoh krisis tahun 2008 US Fed telah mengekalkan paras kadar faedah pada sekitar 0-0.25%. Pertumbuhan ekonomi di US untuk tempoh jangka masa panjang adalah dijangka stabil oleh pihak berwajib kewangan. Adalah dijangka inflasi akan berjumlah sebanyak 2%, sementara kadar pengangguran akan kekal pada paras 5.5%. Kadar faedah kunci pada 5.5% mematuhi keadaan ekonomi semasa. Walaubagaimanapun, menurut jangkaan jumlah pelepasan kuantitatif akan berkurangan sebanyak 10 billion USD, sehingga 35 billion.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan: 1.3587 (paras tertinggi semalam), 1.3655 (pergerakan purata dengan tempoh masa 200), 1.3679 (paras tertinggi pada 6 Jun), 1.3700 (paras penting psikologi), 1.3730 (garisan pergerakan purata dengan tempoh masa 50 dan 100).
Paras sokongan adalah paras terendah semasa pada 1.3535, 1.3500, 1.3476 dan 1.3400.
Tips dagangan
Dalam tempoh masa terdekat pasangan matawang ini berkemungkinan melalui pembetulan arah ke atas. Order dagangan ‘buy’ boleh diletakkan daripada paras 1.3587 dengan sasaran pertama pada 1.3655.

Posisi dagangan ‘sell’ boleh dibuka selepas harga jatuh di bawah paras 1.3535. Sasaran jangka masa pendek adalah pada paras 1.3500, sasaran utama adalah pada 1.3477.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan