2014/06/04

EUR/USD: analisis dan jangkaan


Trend semasa

Semalam, pasangan matawang bergerak dalam lingkungan harga 1.3585-2.3650. Statistik Eropah telah menjejaskan kadar harga pasangan ini. Indeks harga pengguna di Eurozone berada di bawah jangkaan dan paras sebelum ini; walaubagaimanapun perkara ini tidak menjejaskan pergerakan harga. Berita di luar jangkaan adalah penurunan kadar pengangguran di Eurozone daripada 11.8% kepada 11.7%. Susulan berita tersebut, pasangan matawang terus naik sehingga ke paras 1.3647 dan kemudiannya mulai turun. Ketika ini pasangan matawang didagangkan pada paras 1.3614.

Tumpuan hari ini adalah pada indeks aktiviti perniagaan di dalam sektor servis di Eurozone, kemudiannya, data GDP Eropah bagi suku tahun pertama (Q1) akan diketahui. Sekiranya data tidak memberangsangkan, pasangan matawang akan turun sehingga ke paras 1.3585. Dicatatkan juga pada hari esok, satu mesyuarat oleh ECB akan diadakan; pada hari Jumaat data berkenaan pekerjaan baru di USA di luar sektor pertanian akan dikeluarkan.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 1.3600 dan 1.3585.

Paras rintangan: 1.3620, 1.3635 dan 1.3650. Paras terakhir merupakan paras kekunci bagi pergerakan “bulls”.

Tips dagangan

Paras 1.3585 – adalah paras sokongan yang kuat, yang telah menghalang pasangan matawang untuk turun ke bawah lagi. Posisi ‘short’ adalah dicadangkan selepas harga melepasi di bawah paras ini dan juga menumpu di bawah paras ini. Order ‘limited buy’ boleh diletakkan pada paras yang sama. Posisi ‘buy’ adalah disyorkan di atas paras 1.3650.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

Tiada ulasan:

Catat Ulasan