2014/06/19

Brent: Ulasan dan jangkaan


Trend semasa

Harga minyak terus meningkat di dalam perkembangan persengketaan ketenteraan di Iraq. Harga minyak Brent telah mencapai paras maksimum pada September 2013. Harga minyak Brent pada ketika ini didagangkan di atas USD114.00 se-tong dan mencapai USD115.00 se-tong.

Sementara itu pihak ekstrim di Iraq terus menawan bandar-bandar dan menyerang pusat pemprosesan minyak. Kerajaan Iraq tidak berada di dalam situasi bagi menstabilkan keadaan dan meminta pihak USA untuk menyediakan serangan udara terhadap tempat-tempat pihak ekstrim ini; walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Amerika masih lagi memberikan jawapan secara rasmi. Peluasan konflik ini memberikan satu ancaman pengurangan pembekalan minyak di Iraq, salah satu kuasa besar dalam pasaran minyak. Nampaknya ketidakstabilan di Iraq ini akan mengekalkan harga tinggi minyak ini buat tempoh waktu yang panjang.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 114.00, 113.55 dan 113.00.

Paras rintangan: 115.00, 116.00 dan 117.00.

Pada carta empat jam menunjukkan petanda trend menaik. Bollinger bands sedang berubah arah, mengesahkan trend menaik. Histogram MACD berada di zon positif; jumlahnya sedang meningkat, membentuk petanda posisi ‘buy’. Walaupun harga Brent sangat tinggi, pembetulan arah yang kuat tidak dijangkakan.

Tips dagangan


Besar kemungkinan dalam masa terdekat ini harga minyak akan berada di sekitar paras 114.00-115.00. Sekiranya konflik yang sedang berlaku di Iraq menjadi semakin teruk harga Brent akan mencapai paras 116.00 dan 117.00 USD se-tong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan