2014/06/13

GBP/USD: ulasan dan jangkaan


Trend semasa

Pasangan matawang GBP/USD mengakhiri hari Khamis dengan membuat satu loncatan harga ke paras 1.6930. Kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh kenyataan yang dibuat oleh Mark Carney, ketua Bank of England, yang mengumumkan bahawa pihak berkuasa kewangan British mungkin akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan peserta pasaran. Disebabkan perubahan pada polisi kewangan ini beliau turut memaklumkan risiko sedia ada dalam pasaran perumahan di mana ikutan setelah banyak tahun penggunaan “cheap money”, masalah bagi pembayaran semula pinjaman akan berlaku. Pelabur mengambil kira ucapan beliau dengan penuh semangat. Ketika sesi dagangan Asia matawang British telah menguatkan kedudukannya dan kini didagangkan sekitar paras 1.6970.

Sokongan dan rintangan

Paras rintangan: 1.6996 (paras tertinggi 6 Mei), 1.7090 (Level Murray pada 4/8), 1.7200 (paras psikologi penting).

Paras sokongan: 1.6930 (paras tertinggi pada 2 Jun), 1.6845 (paras tertinggi pada 6 Jun), 1.6800 (paras psikologi penting), garisan pergerakan purata dengan tempoh masa 50 hari), 1.6731 (paras terendah pada 11 Jun), 1.6700 (paras psikologi penting, garisan pergerakan purata pada tempoh masa 100 hari).

Tips dagangan

Order posisi ‘buy’ boleh diletakkan selepas penumpuan harga di atas paras 1.6700 dengan sasaran pertama pada 1.3785 dan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.6685.


Posisi ‘sell’ boleh dibuka selepas harga melepasi ke bawah paras 1.6920. Sasaran tempoh masa terdekat adalah 1.6850, sasaran utama adalah 1.6800. Order lindungan ‘stop loss’ boleh diletakkan pada paras 1.6700.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan