2014/06/10

EUR/USD: ulasan umum


Trend semasa

Pasangan matawang EUR/USD tidak mampu untuk menumpu di atas MA 200 dan kembali ke sempadan bawah saluran dagangan (1.3580-1.3650), di mana ianya didagangkan sejak minggu lepas. Reaksi kepada keputusan ECB mengenai polisi kewangan telah pun selesai. Walaubagaimanapun pasangan matawang ini masih lagi di bawah tekanan oleh data yang tidak begitu negatif daripada pasaran pekerjaan US dan indeks Sentix Investors Confidence. Indeks yang dinyatakan dijangka mencecah 13.5 mata tetapi hanya mencapai paras 8.5 mata.

Sokongan dan rintangan

Paras rintangan: 1.3643 (MA 200), 1.3680 (paras tertinggi 6 Jun lalu), 1.3700 (paras penting psikologi), 1.3740 (MA 100).

Paras sokongan: 1.3581 (paras terendah semalam), 1.3545 (Paras Fibonacci 50.0%), 1.3500 (paras penting psikologi), 1.3476 (paras terendah tahun 2014).

Tips dagangan


Posisi ‘sell’ boleh dibuka sejurus selepas harga melepasi ke bawah paras 1.3580. Sasaran pertama – 1.3550, dengan sasaran utama – 1.3500. Order lindungan ‘stop loss’ boleh diletakkan pada 1.3605. Order ‘pending buy’ boleh diletakkan pada 1.3600 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3580 dan sasaran pada 1.3640.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan