2014/06/12

EUR/USD: Berita ekonomi penting hari ini


Hari ini para pedagang sedang menantikan data berkenaan jumlah pengeluaran industry di Eurozone bagi bulan April dan juga statistik US mengenai jualan runcit.

Jumlah pengeluaran industry merupakan salah satu indikator utama mengenai situasi ekonomi. Semenjak bulan September tahun lalu indikator ini telah meningkat perlahan-lahan, tetapi konsisten; walaubagaimanapun pada bulan Mac indeks ini jatuh sebanyak 0.1%. Adalah dijangkakan pada bulan April indeks ini akan meningkat kedua-duanya secara bulanan dan tahunan (masing-masing sebanyak 0.4% dan 0.9%). Pertumbuhan jumlah pengeluaran industry boleh memberikan sokongan kepada matawang Eropah; walaubagaimanapun, adalah tidak diyakini Euro akan menguat dengan ketara berbanding dengan matawang lawannya yang utama, terutamanya selepas keputusan yang diambil oleh ECB mengenai pengurangan polisi kewangan.

Satu lagi acara penting adalah berkenaan laporan statistik jualan runcit di Amerika bagi bulan Mei. Indeks ini telah meningkat sejak 3 bulan lepas. Peningkatan perbelanjaan pengguna dan permintaan telah memberikan impak positif terhadap pengeluaran industri dan keadaan ekonomi Amerika secara keseluruhan. Menurut perangkaan jumlah jualan runcit di Amerika akan meningkat sebanyak 0.6% pada bulan Mei. Indeks yang sama tidak termasuk penjualan kereta yang akan meningkat sebanyak 0.4%.
Berdasarkan data fundamental ini adalah dijangkakan hari ini pasangan matawang EUR/USD akan meningkat naik ke paras 1.3560. Selepas itu pasangan matawang akan mula turun ke bawah sehingga ke paras 1.3520, 1.3500 dan 1.3470.

Arah ke atas
Tips dagangan (Buy)
Poin entri  1.3535
Pengambilan Untung (TP)  1.3560
Order Lindungan (SL)
Paras kekunci 1.3560, 1.3520, 1.3500, 1.3470.

Arah ke bawah
Tips dagangan (Sell)
Poin entri  1.3560
Pengambilan Untung (TP)  1.3470
Order Lindungan (SL)
Paras kekunci 1.3560, 1.3520, 1.3500, 1.3470.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan