2014/06/30

GBP/USD: analisis dan jangkaan


                                        
Trend semasa

Minggu lalu pasaran agak tinggi jumlah dagangan bagi pasangan matawang GBP/USD. Sejurus perkembangan ucapan oleh Mark Carney mengenai pembekuan kadar kenaikan faedah, pasangan GBP/USD jatuh daripada paras 1.7030 kepada 1.6955. Walaubagaimanapun, ianya tidak kekal lama pada paras ini dan terus kembali ke pada 1.7030. Ketua Bank of England itu mengatakan bahawa kadar faedah asas pada 2.5% akan menjadi standard baru bagi ekonomi British. Pergerakan ‘bear’ telah melakukan beberapa cubaan untuk turun ke bawah paras 1.7000 pada minggu lepas tetapi gagal, pasangan matawang terus didagangkan pada paras 1.7300.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 1.7000, 1.6980, 1.6950, 1.6940 dan 1.6920.
Paras rintangan: 1.7030 dan 1.7060.

Tips dagangan


Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ di bawah paras 1.7000 dengan sasaran pada 1.6950. Order ‘limited buy’ boleh dibuka pada paras 1.6950 dengan sasaran pada paras 1.7060.

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan USD/CAD


USD/CAD, H4

Pada carta empat jam garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chikou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menurun. Selepas kejatuhan yang agak panjang pasangan matawang diperbetulkan arahnya ke paras garisan Tenkan-sen, yang kini menjadi paras sokongan (1.0678). Paras rintangan adalah garisan Kijun-sen (1.7050).


USD/CAD, D1

Pada carta harian imej yang lebih kurang sama kelihatan: garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta, keadaan awan berada dalam keadaan menurun. Garisan Tenkan-sen kekal pada paras rintangan pada 1.0777. Salah satu daripada paras terendah garisan Chinkou Span adalah dijangkakan menjadi paras sokongan pada paras 1.0584.

Paras kekunci

Paras sokongan:  1.0678, 1.0584.
Paras rintangan:  1.0705, 1.0777.

Tips dagangan

Pada carta empat jam kita boleh lihat pembetulan arah harga ke bawah, pada carta harian walaubagaimanapun, pembetulan arah ini belum mencapai garisan merah lagi. Sasaran pada posisi ‘sell’ adalah pada 1.0678 dan 1.0584.

2014/06/27

EUR/USD: Ulasan umum


Trend semasa
Matawang Eropah telah berjaya melepasi sempadan saluran dagangan. Semalam, pasangan matawang ini cuba untuk melepasi ke atas sempadan atas pada paras 1.3644, tetapi gagal dan harga jatuh ke paras 1.3612.
Statistik terkini menunjukkan penurunan pada ekonomi US. GDP US bagi suku tahun pertama Q1 jatuh ke paras 2.9%. Walaupun sesetengah penganalisa mengumumkan bahawa penurunan ini dikaitkan dengan cuaca yang buruk dan ini adalah untuk sementara waktu sahaja, polisi berkenaan kadar faedah yang rendah mungkin akan diteruskan buat satu tempoh masa yang lama dalam usaha untuk menyokong pemulihan ekonomi. Jumlah pesanan untuk barangan tahan lama juga jatuh sebanyak 1% pada bulan Mei.
Adalah dijangkakan situasi ekonomi Amerika akan bertambah baik pada suku tahun pertama Q1 dan bertambah kepada 3.5%, walaubagaimanapun jumlah pertumbuhan tidak dijangkakan tinggi pada tahun ini. Pakar daripada Bank Dunia percaya bahawa GDP US tidak akan melebihi 2.1%, sementara pakar daripada IMF menjangkakan pertumbuhan sebanyak 2%.
Paras sokongan dan rintangan
Indikator “William’s Percent Range” telah berada di paras -77, yang menunjukkan matawang Eropah berada dalam keadaan ‘oversold’ dan berkemungkinan harga akan bertukar arah dan naik ke atas.
Paras rintangan pada 1.3644.
Paras sokongan pada 1.3564.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘buy’ selepas harga melepasi paras 1.3644 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3590 dan sasaran pada 1.3740.

USD/CHF: Ulasan umum


Trend semasa
Mengikuti perkembangan berita statistic negatif US berkenaan GDP bagi suku tahun pertama Q1, yang menunjukkan penurunan pada 2.9%, harga pasangan matawang USD/CHF jatuh. Sekiranya paras sokongan penting pada 0.8911, yang bersamaan dengan garisan Murray 2/8 dilepasi, penurunan pada pasangan matawang ini akan bersambung ke atas sehingga ke paras 0.8850.

Pakar percaya disebabkan oleh kemajuan ekonomi yang teruk, pihak berkuasa kewangan mungkin akan mengekalkan paras kadar faedah yang rendah buat jangka masa yang lama, yang akan meletakkan tekanan pada dollar Amerika. Sesetengah institut kewangan antarabangsa, termasuklah Bank Dunia menjangkakan menjelang akhir tahun ini US GDP hanya akan meningkat sebanyak 2.1%, iaitu di bawah jangkaan awal. International Monetary Fund (IMF) menjangkakan pertumbuhan sebanyak 2%.

Perhatian hari ini akan difokuskan kepada indeks konfiden pengguna Amerika bagi bulan Jun. Adalah dijangkakan indeks ini akan meningkat kepada 82.2 mata. Sekiranya indeks ini naik melebihi jangkaan, matawang Amerika mungkin akan meningkat.

Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 0.8972, bersamaan dengan garisan Murray 3/8.
Paras sokongan adalah pada 0.8911, bersamaan dengan garisan Murray 2/8.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga melepasi paras 0.8911 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada paras 0.8940 dengan sasaran pada 0.8860.