2014/06/06

Berita ekonomi penting hari ini (NFPR)



Statistik kekunci US akan dikeluarkan hari ini, termasuk data bagi bulan Mei berkenaan jumlah pekerjaan di luar sektor pertanian (Non-Farm Payrolls) dan kadar pengangguran.

Berita daripada sektor pekerjaan Amerika mungkin akan mengecewakan bagi para pedagang pasaran. Menurut jangkaan NFPR akan jatuh ke 218 ribu, sementara kadar pengangguran akan meningkat kepada 6.4%. Penurunan dalam indeks NFP telah pun disahkan oleh indikator utama. Jumlah pengumuman berkenaan pelucutan jawatan di sektor korporat telah meningkat sebanyak 45.5% pada bulan Mei, sementara jumlah pekerjaan di dalam sektor swasta di US jatuh kepada 179 ribu. Walaubagaimanapun, adalah dicatatkan juga bahawa jumlah permintaan pertama dan kedua faedah pengangguran dikurangkan lebih lagi pada bulan Mei berbanding April dan menurut US Fed “beige book”, keadaan di dalam pasaran pekerjaan telah meningkat di kebanyakan negeri-negeri di US.

Berdasarkan perkara di atas, boleh disimpulkan bahawa NFPR akan menuruti jangkaan yang negatif, kadar pengangguran akan kekal pada paras sebelum ini iaitu 6.3%. Data ini akan memberikan tekanan pada matawang USD. Harga pasangan matawang EUR/USD akan mencapai paras 1.3646, 1.3680 atau mungkin 1.3725.


Dmitry Zolotov

Analyst of LiteForex Investments Limited 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan