2014/06/26

Brent: analisis umum


Trend semasa

Harga minyak kekal pada harga yang tinggi. Konflik ketenteraan di Iraq menjadi punca utama pergerakan dinamik harga minyak. Tentera Iraq terus menerus berlawang dengan puak ekstrim, yang menawan bandar-bandar dan pusat pemprosesan minyak di negara itu. Walaubagaimanapun, sumber minyak terbesar berada di selatan negara itu dan kini dalam keadaan selamat. Pelabur kini bimbang terhadap gangguan berkenaan pembekalan minyak daripada Iraq menghalang pergerakan harga ke bawah yang ketara pada harga Brent. Walaupun terdapat laporan yang mengatakan OPEC mempunyai minyak yang cukup untuk menampung kekurangan dalam penghantaran daripada Iraq, sekiranya perkembangan di Iraq mengalami situasi yang paling teruk. Pelabur tidak akan tergesa-gesa untuk mencairkan posisi ‘buy’ mereka, disebabkan jangkaan bahawa harga Brent tidak akan jatuh dengan ketara.

Sokongan dan rintangan

Pada carta empat jam harga telah jatuh di bawah garisan tengah indikator Bollinger bands, menunjukkan kemungkinan pergerakan ke bawah yang merupakan pembetulan arah ke bawah pergerakan purata pada paras 113.20. Histogram MACD sedang bergerakan seiringan dengan garisan kosong (zero), menunjukkan penumpuan dalam kadar harga.

Paras rintangan: 114.20, 115.00 dan 115.50.
Paras sokongan: 113.20, 112.50 dan 112.00.

Tips dagangan

Berkemungkinan harga akan bergerak di antara paras 114.20 – 113.20. Posisi ‘buy’ boleh dibuka daripada pembetulan arah pada paras 113.20 dengan sasaran pada 114.20. Posisi ‘sell’ boleh dibuka daripada paras 114.20 dengan sasaran pada 113.20. Brent boleh mencapai paras 114.20 sekiranya situasi di Iraq meruncing. Dalam situasi berkenaan harga mungkin akan naik ke paras tertinggi sebelum ini pada paras 115.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan