2014/06/05

EUR/USD: analisis umum


Trend semasa

Pasangan matawang EUR/USD masih lagi berada di persimpangan. Harga pasangan matawang ini telah bergerak di antara 1.3585-1.3650 semenjak 6 hari berturut-turut. Pedagang matawang masih lagi tidak mahu membuat sebarang tindakan lanjut menjelang mesyuarat ECB berkenaan polisi kewangan. Pakar menjangkakan pihak berwajib akan memperkenalkan pelan tindakan stimulasi yang baru. Kepercayaan mereka adalah berdasarkan maklumat terkini mengenai kadar inflasi di Eurozone, yang diketahui awal minggu ini. Indeks harga pengguna Cuma telah meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Mei berbanding bulan sebelumnya pada nilai 0.7%.

Paras sokongan dan rintangan

Pada ketika ini, pasangan matawang menumpu berdekatan sempadan bawah saluran dagangan dalam lingkungan 1.3600. Paras rintangan adalah pada 1.3643 (pergerakan purata dengan tempoh masa 200), 1.3680 (Retracement Fibonacci pada 23.6%), 1.3700 (paras psikologi penting), 1.3740 (Retracement Fibonacci pada 38.2%, pergerakan purata dengan tempoh masa 100). Paras sokongan adalah paras terendah semasa iaitu pada 1.3585, 1.3550 dan 1.3476 dan paras psikologi penting pada paras 1.3500.

Tips dagangan

Besar kemungkinan hari ini Euro akan jatuh berbanding USD. Posisi ‘sell’ adalah dicadangkan selepas harga jatuh di bawah paras 1.3580. Sasaran jangka masa pendek adalah pada paras 1.3550, diikuti oleh 1.3500, order lindungan ‘stop loss’ yang dicadangkan adalah pada paras 1.3605.


Andrey Cherkas

Analyst of LiteForex Investments Limited

Tiada ulasan:

Catat Ulasan