2014/06/13

Brent: kejatuhan akan berlaku selepas kenaikan mendadak


Trend semasa

Minggu ini harga Brent telah mengalami kenaikan mendadak. Pada hari Rabu menteri-menteri OPEC telah membuat keputusan untuk mengekalkan kuota pengeluaran pada 30 juta barrel sehari. Walaubagaimanapun, jangkaan permintaan bagi minyak mentah adalah 30.4 juta barrel sehari, bermaksud kuota berkenaan tidak mencukupi.

Sementara itu, pencetus utama kenaikan harga Brent adalah konflik di Iraq. Militan Islam daripada negeri Islam di Iraq dan Levant telah mengambil alih beberapa Bandar dan menghampiri wilayah minyak Iraq. Pelabur kini berada dalam keadaan panic dan harga minyak mentah Brent terus naik kepada paras tertinggi sejak 10 bulan iaitu pada paras 114.10.
Sokongan dan rintangan

Dijangka satu pembetulan arah yang kecil ke paras 111.80 (retracement Fibonacci pada 61.8%). Walaubagaimanapun, harga akan terus menaik ke paras 114.00 dan 115.50. Indikator teknikal memberikan petanda kontroversi. Bollinger bands menunjukkan arah berlainan, mengesahkan trend pergerakan ke atas. Harga carta telah menembusi sempadan atas MA, menjanjikan satu arah pembetulan yang pasti. Histogram MACD berada di zon positif, jumlahnya sedang meningkat. Garisan stochastic telah melintasi zon ‘overbought’ dan sedang menuju ke bawah.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ dengan sasaran pada 111.80 sejurus selepas harga melepasi ke bawah paras 112.80. Posisi ‘buy’ dengan sasaran sekitar 115.50 boleh dibuka di atas paras 113.40.

No change
Recommendation  sell
Entry Point  112.80
Take Profit  111.80
Stop Loss 
Key Levels 111.80, 112.80, 113.40, 114.00, 115.50.

Recommendation  buy
Entry Point  113.40
Take Profit  115.50
Stop Loss 
Key Levels 111.80, 112.80, 113.40, 114.00, 115.50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan