2014/06/20

GBP/USD: Ulasan dan jangkaan


Trend semasa

Matawang British Pound terus menerus menaik. Pasangan matawang GBP/USD masih lagi di bawah tekanan yang hebat daripada kenyataan yang dibuat oleh ketua Bank of England Mark Carney, yang mengatakan bahawa kenaikan pada kadar faedah mungkin akan berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan oleh pedagang pasaran. Hari ini paras pasangan matawang ini telah mencapai paras tertinggi sejak 2008 pada paras 1.7062; walaubagaimanapun, adalah tidak dijangkakan harga boleh diatasi pada paras ini.

Paras sokongan dan rintangan

Paras rintangan: 1.7062, 1.7090 dan 1.7120.
Paras sokongan: 1.7030, 1.6985 dan 1.6950.

Pada carta empat jam Bollinger bands sedang berubah arahnya, yang mengesahkan trend pergerakan menaik pada pasangan matawang ini. Histogram MACD berada di zon positif; walaubagaimanapun, jumlah dagangan tidak meningkat, yang mencadangkan pasangan matawang sedang menghadapi paras rintangan yang kuat pada pada paras 1.7062. Disebabkan oleh kekurangan data ekonomi berkemungkinan pasangan matawang akan mengalami penurunan ke pada 1.6985, ini telah disahkan oleh indikator Bollinger bands. Harga telah menembusi ke bawah sempadan atas pergerakan purata pada indikator, iaitu petanda bagi perubahan arah pergerakan. Pada paras 1.6985 pasangan matawang mungkin akan bertukar arah dan menyambung kembali pergerakan ke atas.

Tips dagangan

Berkemungkinan dalam masa terdekat pasangan matawang akan bergerak dalam lingkungan paras 1.6985 – 1.7062.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan