2014/06/11

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan AUD/USD


AUD/USD, H4

Mari kita lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awing berada dalam keadaan menaik. Terdapat beberapa cubaan pembetulan arah ke bawah bagi pasangan matawang ini tetapi pasangan matawang ini tetap menuju ke atas. Paras sokongan terdekat adalah pada garisan Tenkan-sen (0.9365). Salah satu daripada paras tertinggi garisan Chinkou Span adalah dijangka akan menjadi paras rintangan pada 0.9405.


AUD/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada bawah, menunjukkan satu gelombang baru pergerakan ke atas. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang telah menembusi awan dan sedang meningkat naik. Sempadan bahagian atas awan kini menjadi paras sokongan pada (0.9315). Salah satu daripada paras tertinggi garisan Chinkou Span sebelum ini dijangka menjadi paras rintangan pada paras 0.9423.

Paras kekunci

Paras sokongan: 0.9365, 0.9315.

Paras rintangan: 0.9405, 0.9423.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta pasangan matawang didagangkan dalam trend menghala ke atas. Adalah disyorkan untuk membuka posisi dagangan ‘buy’ pada harga semasa dengan sasaran pada 0.9405 dan 0.9423.


Anastasiya Glushkova

Analyst of LiteForex Investments Limited

Tiada ulasan:

Catat Ulasan