2014/06/10

NZD/USD: dalam jangkaan kenaikan kadar faedah


Trend samasa

Pasangan matawang NZD/USD telah didagangkan dengan jumlah dagangan tinggi semenjak di permulaan minggu. Pada hari Isnin, pasangan matawang kehilangan kira-kira 50 mata dan mencecah paras sokongan pada 0.8479. Matawang US yang semakin kuat adalah disebabkan oleh ucapan James Bullard. Ketua Saint-Louis FRB mengumumkan bahawa pemulihan ekonomi adalah stabil dan kadar faedah merbahaya mungkin dinaikkan tidak lama lagi, dalam suku tahun pertama Q1 tahun 2015. Walaubagaimanapun, kejatuhan pasangan ini tidak lama dan hari ini matawang Kiwi telah mendapatkan kembali kerugian mata. Minggu ini para pelabur sedang menunggu mesyuarat RBNZ yang dijadualkan pada hari Khamis. Pihak berwajib dijangka meningkatkan kadar faedah daripada 3.0% kepada 3.25%. New Zealand mampu menaikkan kadar ini disebabkan pemulihan ekonomi yang kuat. Pakar IMF menjangkakan peningkatan NZ GDP setinggi 3.5% tahun ini.

Paras sokongan dan rintangan

Sehingga mesyuarat RBNZ berlangsung pasangan matawang berkemungkinan meningkat naik, sehingga ke paras 0.8525 dan 0.8545. Sekiranya kadar faedah dinaikkan, pasangan matawang akan melonjak ke paras 0.8580 dan 0.8620. Indikator teknikal mengesahkan kemungkinan kenaikan ini. Harga carta telah melepasi pergerakan purata pertengahan MA Bollinger Bands dan sedang bergerak menuju ke 0.8545. Histogram MACD kini berada di zon positif, jumlah dagangan berada dalam keadaan stabil. Garisan stochastic telah bersilang dan menghala ke atas.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk meletakkan posisi ‘buy’ pada harga semasa dengan sasaran pada 0.8545. Pada paras yang sama order ‘pending buy’ dengan sasaran pada 0.8580 boleh diletakkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan