2014/06/27

USD/CHF: Ulasan umum


Trend semasa
Mengikuti perkembangan berita statistic negatif US berkenaan GDP bagi suku tahun pertama Q1, yang menunjukkan penurunan pada 2.9%, harga pasangan matawang USD/CHF jatuh. Sekiranya paras sokongan penting pada 0.8911, yang bersamaan dengan garisan Murray 2/8 dilepasi, penurunan pada pasangan matawang ini akan bersambung ke atas sehingga ke paras 0.8850.

Pakar percaya disebabkan oleh kemajuan ekonomi yang teruk, pihak berkuasa kewangan mungkin akan mengekalkan paras kadar faedah yang rendah buat jangka masa yang lama, yang akan meletakkan tekanan pada dollar Amerika. Sesetengah institut kewangan antarabangsa, termasuklah Bank Dunia menjangkakan menjelang akhir tahun ini US GDP hanya akan meningkat sebanyak 2.1%, iaitu di bawah jangkaan awal. International Monetary Fund (IMF) menjangkakan pertumbuhan sebanyak 2%.

Perhatian hari ini akan difokuskan kepada indeks konfiden pengguna Amerika bagi bulan Jun. Adalah dijangkakan indeks ini akan meningkat kepada 82.2 mata. Sekiranya indeks ini naik melebihi jangkaan, matawang Amerika mungkin akan meningkat.

Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 0.8972, bersamaan dengan garisan Murray 3/8.
Paras sokongan adalah pada 0.8911, bersamaan dengan garisan Murray 2/8.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga melepasi paras 0.8911 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada paras 0.8940 dengan sasaran pada 0.8860.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan