2014/06/25

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan EUR/USD


EUR/USD, H4

Kita lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen dan Kijun-sen sedang mendekati bahagian atas awan dan mungkin akan membentuk corak perubahan arah tidak lama lagi. Garisan Chinkou Span sedang menghampiri harga carta daripada atas; keadaan awan sedang dalam keadaan menaik. Pasangan matawang masih lagi didagangkan dalam saluran melintang, garisan Kijun-sen (1.3603) dan Senkou Span B (1.3594) adalah paras sokongan terdekat. Salah satu daripada paras tertinggi garisan Chinkou Span adalah dijangkakan akan menjadi paras rintangan pada 1.3622.


EUR/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-dua garisan adalah melintang. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan semasa berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang sedang menumpu di antara garisan merah dan garisan biru, masing-masing yang menjadi paras sokongan (1.3577) dan paras rintangan (1.3612).

Paras kekunci

Paras sokongan:  1.3603, 1.3594, 1.3577.
Paras rintangan:  1.3612, 1.3622.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta pasangan matawang didagangkan dalam saluran melintang. Pergerakan harga seterusnya akan ditentukan oleh penembusan salah satu daripada paras pada carta harian: Tenkan-sen atau Kijun-sen. Walaubagaimanapun, order ‘pending sell adalah disyorkan. Ianya boleh dibuka pada 1.3560 dengan sasaran pada 1.3430 dan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3630.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan