2014/06/11

GBP/USD: pembetulan arah menaik ini tidak akan kekal lama


Trend semasa

Pada hari Selasa harga pasangan matawang GBP/USD jatuh ke paras terendah mingguan pada paras 1.6737. Penurunan ini tidak dapat dikekang meskipun terdapat data yang kuat daripada laporan pengeluaran industry di UK, di mana jumlah telah meningkat sebanyak 3%, yang juga merupakan indikator terbaik sejak tahun 2011.

Hari ini pasangan matawang sedang mengalami pembetulan arah pergerakan; pedagang pasaran sedang menantikan data berkenaan kadar pengangguran di UK pada bulan April. Boleh dikatakan indeks akan jatuh ke paras 6.7%, memberikan sokongan kepada matawang Pound. Adalah dicatatkan juga peningkatan dalam pasaran pekerjaan ini tidak akan mempengaruhi Bank of England untuk menaikkan kadar faedah, memandangkan kadar pengangguran tidak lagi menjadi faktor kekunci yang mempengaruhi keputusan berkenaan kadar faedah.

Sokongan dan rintangan

Pada siangnya harga mungkin akan meningkat sehingga ke paras 1.6790 (garisan pertengahan indikator Bollinger bands). Daripada paras ini harga mungkin akan menukar arah ke bawah dan bergerak sehingga ke paras 1.6735 dan 1.6710.

Indikator teknikal menunjukkan petanda yang kurang jelas. Histogram MACD telah berpindah ke zon negative dan membentuk petanda posisi ‘sell’. Garisan stochastic sedang meninggalkan zon ‘overbought’, membentuk petanda posisi ‘buy’.

Paras rintangan: 1.6790, 1.6815 dan 1.6845.
Paras sokongan: 1.6735 dan 1.6710.

Tips dagangan


Dalam situasi sekarang ini adalah wajar untuk membuka posisi ‘buy’ bagi tempoh masa yang singkat dengan sasaran pada paras 1.6790. Order ‘pending sell’ boleh diletakkan pada paras yang sama dengan sasaran pada 1.6710.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan