2014/06/04

USD/CAD: analisis teknikal


Trend semasa

Pada akhir bulan lepas pasangan matawang mulai turun, sehingga ke paras sokongan iaitu pada paras 1.0815. Percubaaan demi percubaan telah berlaku untuk melepasi paras ini telah tidak berjaya. Pada ketika ini, pasangan matawang berada dalam keadaan perubahan arah yang baru, yang mungkin akan berubah kepada pergerakan menaik (uptrend). Carta menunjukkan pembentukan corak “head and shoulders” telah pun lengkap. Penembusan di atas paras 1.0940 akan menjadi petanda kepada trend pergerakan ke atas yang baru.

Indikator teknikal menunjukkan kenaikan yang seterusnya. Stochastic berada di zon ‘overbought’; kedua-dua garisan menunjukkan arah ke atas. Historgram MACD berada di zon positif, garisan petanda berada di dalam histogram; jumlah sedang meningkat. Sekiranya pergerakan purata tengah dengan tempoh masa 50 melintasi pergerakan purata dengan tempoh masa 100, ianya akan menjadi satu petanda posisi ‘buy’ yang kuat.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 1.0930, 1.0900 dan 1.0860.

Paras rintangan: 1.0940, 1.0960 dan 1.0980.

Tips dagangan

Posisi ‘buy’ dengan sasaran pada 1.0990 boleh dibuka selepas harga melepasi di atas paras 1.0940. Posisi ‘sell’ adalah disyorkan apabila harga melepasi di bawah paras 1.0900.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

Tiada ulasan:

Catat Ulasan