2014/06/27

EUR/USD: Ulasan umum


Trend semasa
Matawang Eropah telah berjaya melepasi sempadan saluran dagangan. Semalam, pasangan matawang ini cuba untuk melepasi ke atas sempadan atas pada paras 1.3644, tetapi gagal dan harga jatuh ke paras 1.3612.
Statistik terkini menunjukkan penurunan pada ekonomi US. GDP US bagi suku tahun pertama Q1 jatuh ke paras 2.9%. Walaupun sesetengah penganalisa mengumumkan bahawa penurunan ini dikaitkan dengan cuaca yang buruk dan ini adalah untuk sementara waktu sahaja, polisi berkenaan kadar faedah yang rendah mungkin akan diteruskan buat satu tempoh masa yang lama dalam usaha untuk menyokong pemulihan ekonomi. Jumlah pesanan untuk barangan tahan lama juga jatuh sebanyak 1% pada bulan Mei.
Adalah dijangkakan situasi ekonomi Amerika akan bertambah baik pada suku tahun pertama Q1 dan bertambah kepada 3.5%, walaubagaimanapun jumlah pertumbuhan tidak dijangkakan tinggi pada tahun ini. Pakar daripada Bank Dunia percaya bahawa GDP US tidak akan melebihi 2.1%, sementara pakar daripada IMF menjangkakan pertumbuhan sebanyak 2%.
Paras sokongan dan rintangan
Indikator “William’s Percent Range” telah berada di paras -77, yang menunjukkan matawang Eropah berada dalam keadaan ‘oversold’ dan berkemungkinan harga akan bertukar arah dan naik ke atas.
Paras rintangan pada 1.3644.
Paras sokongan pada 1.3564.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘buy’ selepas harga melepasi paras 1.3644 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3590 dan sasaran pada 1.3740.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan