2014/06/03

NZD/USD: analisis umum


Trend semasa

Dollar New Zealand telah mencapai paras terendah dalam tempoh 3 bulan dan berhenti berdekatan dengan paras rintangan 0.8450. Dalam masa yang sama, NZD terus menerus kehilangan posisi berbanding Dollar Australia dan Euro- pada hari Isnin matawang NZD masing-masing jatuh sebanyak 0.13% dan 0.15%. Pelabur menjangkakan jumlah dagangan yang tinggi dalam tempoh separuh masa kedua minggu ini, ini adalah kerana pada 4 dan 5 Jun akan diadakan mesyuarat Big 7 yang dijadualkan diadakan di Brussels dan statistic berita ekonomi US Non-Farm Payrolls yang akan memberikan impak yang dramatik kepada pergerakan pasangan matawang NZD/USD.
Indikator teknikal menunjukkan perubahan arah berlawanan pasaran matawang. Harga telah mencapai berdekatan dengan pergerakan purata dengan tempoh 200 dan paras indikator “William’s Percent Range” telah jatuh di bawah 95%. Oleh yang demikian, hari ini pasangan matawang berkemungkinan akan bergerak dalam saluran mendatar; walaubagaimanapun mulai hari Rabu, Dollar New Zealand akan berterusan jatuh berbanding matawang USD.
Sokongan dan rintangan
Paras rintangan adalah paras tertinggi yang terdekat pada 0.8540.
Paras sokongan adalah di Fibonacci retracement pada 0.8450 dan 0.8357.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk meletakkan order ‘pending sell’ pada paras 0.8420 dengan order lindungan ‘Stop loss’ pada 0.8460 dan sasaran pada 0.8540.


Aleksey Dzhaman

Analyst of LiteForex Investments Limited

Tiada ulasan:

Catat Ulasan