2014/06/26

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan GBP/USD


GBP/USD, H4

Lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada atas, membentuk corak penukaran arah pergerakan. Walaubagaimanapun, pencetus kekuatan pergerakan ke bawah tidak cukup kuat dan pasangan matawang ini naik ke atas garisan biru, yang kini adalah paras sokongan (1.7006). Garisan Chinkou Span sedang mendekati harga carta daripada bawah; keadaan awan adalah dalam keadaan menaik, walaupun hanya mempunyai perbezaan 5 mata sahaja. Salah satu daripada paras tertinggi sebelum ini daripada garisan Chinkou Span dijangka menjadi paras rintangan pada (1.7048).



GBP/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menaik. Selepas pembetulan arah kecil ke bawah pasangan matawang kembali menaik. Garisan Tenkan-sen adalah paras sokongan (1.6992). Salah satu daripada paras tertinggi sebelum ini daripada garisan Chinkou Span dijangka menjadi paras rintangan pada (1.7300).

Paras kekunci

Paras sokongan: 1.6992, 1.7006.
Paras rintangan: 1.7048, 1.7300.

Tips dagangan

Pada kedua-dua carta pasangan matawang kembali kepada trend menaik. Sasaran bagi posisi ‘buy’ ini adalah 1.7048 dan 1.7300.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan