2014/06/17

GBP/USD: Paras rintangan 1.7000 bukannya tidak boleh dicapai


Trend semasa
Pada hari Isnin pasangan matawang didagangkan berdekatan paras rintangan kekunci pada paras 1.7000. Minat pelabur terhadap matawang British tidak begitu kuat bagi membolehkan paras ditembusi. Dicatatkan, walaubagaimanapun, kenaikan ketara seterusnya, pasangan matawang secara praktikalnya tidak mengalami pembetulan arah lagi. Pelabur tidak bercadang untuk menjual matawang Pound, dan menjangkakan pergerakan kenaikan yang seterusnya. Walaupun data makro-ekonomi US yang positif tidak memberikan tekanan besar pada pasangan matawang ini. Statistik yang lemah pada indeks British yang utama telah menyebabkan harga pasangan matawang jatuh ke paras 1.6940, yang mana harga kembali ke paras tertinggi hari Isnin.
Pada ketika ini pedagang sedang menantikan data daripada US, yang akan menentukan pergerakan seterusnya pada pasangan matawang ini. Esok keputusan US Fed berkenaan kadar faedah dan jumlah mengenai program pelepasan kuantitatif akan diketahui.
Paras sokongan dan rintangan
Dalam situasi sekarang paras rintangan kekunci 1.7000 bukannya tidak boleh dicapai. Sekiranya pihak berkuasa US Fed tidak mengubah polisi kewangan, paras 1.7000 boleh ditembusi. Selain daripada itu, sebarang pengurangan berkenaan jumlah program pembelian asset akan menyebabkan kejatuhan pasangan matawang ini ke paras 1.6900 (1.6850), sementara data yang lemah berkenaan jualan runcit di UK akan mencetuskan penurunan ke paras 1.6810. Oleh itu, dalam situasi sekarang ini walaupun jangkaan negatif jualan runcit British, adalah disyorkan untuk meletakkan posisi dagangan ‘buy’.

Paras sokongan: 1.6920, 1.6850, 1.6810, 1.6780, 1.6740, 1.6700, 1.6660 dan 1.6600.

Paras rintangan: 1.7000, 1.7050 dan 1.7100.

Tips dagangan
Dalam situasi sekarang ini adalah wajar untuk meletakkan posisi dagangan ‘buy’ dan pendng ‘buy’ daripada paras 1.6920 dan 1.6850 dengan sasaran pada paras 1.7100 (1.7360).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan