2014/06/17

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan NZD/USD


NZD/USD, H4

Pada carta 4 jam garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, kedua-duanya menghala ke atas. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta, keadaan awan semasa berada dalam keadaan menaik. Selepas kenaikan mendadak pasangan matawang ini telah mengalami pembetulan arah di bawah garisan Tenkan-sen, yang kini menjadi paras rintangan (0.8673). Paras sokongan terdekat adalah pada garisan Kijun-sen (0.8610).


NZD/USD, D1

Mari kita lihat pula pada carta harian. Garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada bawah, menunjukkan gelombang baru pergerakan menaik. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan awan berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang telah menembusi awan, tetapi masih lagi menumpu sekitar sempadan atas (0.8655). Salah satu daripada paras tertinggi pada garisan Chinkou Span dijangkakan menjadi paras rintangan 0.8783.

Paras kekunci

Paras sokongan:  0.8655, 0.8610.
Paras rintangan: 0.8673, 0.8738.

Tips dagangan


Pada kedua-dua carta kita boleh lihat pembetulan arah pada pergerakan menaik; walaubagaimanapun, trend menaik (Bullish) masih lagi kuat. Adalah peluang yang baik untuk membuka posisi dagangan ‘buy’ dengan sasaran sekitar 0.8738.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan