2014/06/16

USD/JPY: Analisis dan jangkaan



Trend semasa

Hari ini, matawang Jepun terus menguat berbanding matawang Amerika. Pada sesi dagangan Asia pasangan matawang telah mencapai paras 101.71. Dalam rancah sengketa di Timur Tengah, matawang Jepun terus menarik minat pelabur sebagai matawang ‘selamat’ mereka.
Di dalam situasi di mana kerajaan Iraq telah hilang kawalan di utara-barat negara itu. Pihak tentera pembangkang kerajaan Sunni yang berkait dengan kumpulan “Negara Islam Iraq dan Levant” terus menyerang kota Baghdad. Bandar-bandar penting seperti Mosul, Tikrit, Baiji, Jalaula dan Al-Sadia telah pun dikuasai oleh kumpulan terbabit. Peluasan sengketa ketenteraan telah memaksa peserta pasaran untuk melihat aset yang lebih baik untuk pelaburan dan ramai diantaranya telah memilih Yen.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 101.71 (paras terendah sesi Asia), 101.56 (pergerakan purata dengan tempoh masa 200 hari, paras Murray 0/8), 101.30 (Retracement Fibonacci pada 76.4%), 100.82 (paras terendah pada 21 Mei).

Paras rintangan: 102.13 (paras tertinggi pada 13 Jun), 102.39 (paras tertinggi pada 11 Jun), 102.79 (paras tertinggi pada 4 Jun), 103.13 (Paras Murray 4/8).

Tips dagangan


Dalam situasi sekarang, posisi ‘buy’ boleh dibuka di atas paras 102.20 dengan sasaran pada 102.75. Posisi ‘sell’ disyorkan di bawah paras 101.70 dengan sasaran pada 101.30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan