2014/06/23

EUR/USD: ulasan umum


Trend semasa

Pada akhir minggu lepas matawang USD berada pada posisi yang dijangkakan, sementara matawang Eropah ini berada di bawah tekanan daripada data statistik makro-ekonomi Eropah. Adalah diketahui bahawa indeks harga pengeluar di Eurozone jatuh sebanyak 0.2% bagi tempoh bulanan dan 0.8% pada tempoh tahunan, sementara jangkaan berada di dalam angka positif. Data fundamental negatif ini telah memberikan kekuatan kepada matawang USD.

Hari ini pedagang akan menunggu berita ekonomi mengenai indeks aktiviti bisnes di dalam sektor pengeluaran di USA bagi bulan Jun (16.45 GMT+3), dan data mengenai jualan rumah sedia ada bagi bulan Mei (17.00 GMT+3).

Sokongan dan rintangan

Pada carta empat jam indikator Bollinger bands menunjukkan arah yang melintang, menunjukkan pergerakan pasaran yang lemah. Histogram MACD berada di zon positif; jumlah dagangan sedang menurun perlahan-lahan, menunjukkan kesan yang sedang meningkat mempengaruhi posisi ‘sell’.

Paras rintangan: 1.3613, 1.3634 dan 1.3670.

Paras sokongan: 1.3585, 1.3555, 1.3535 dan 1.3515.

Tips dagangan


Posisi ‘buy’ adalah disyorkan selepas harga menembusi paras 1.3613 dengan sasaran terdekat pada 1.3634. Penembusan pada paras ini akan membuka ruang sehingga paras rintangan kuat pada 1.3670. Sekiranya trend ke bawah berterusan, adalah dicadangkan untuk meletakkan order ‘sell’ di bawah paras 1.3585 dengan sasaran pada 1.3555 dan 1.3535.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan