2014/05/30

GBP/USD: analisis dan jangkaan


Trend semasa

Minggu ini merupakan minggu yang tidak begitu bagus bagi matawang British. Pada permulaan minggu harga pasangan matawang GBP/USD telah mencapai paras 1.6880, tetapi pasangan matawang telah gagal untuk naik lagi ke atas dan mulai turun. Pembetulan arah harga ke bawah adalah berhubungkait dengan data statistik US yang menjadi pilihan, yang telah menyokong matawang USD. Pasangan matawang dengan cepatnya jatuh ke paras 1.6780 dan hanya pada percubaan kedua akhirnya berjaya melepasi ke bawah paras ini. Selepas itu harga terus jatuh melepasi paras psikologi penting iaitu pada paras 1.6700 dan terus turun lagi ke bawah. Ketika ini pasangan matawang didagangkan pada paras 1.6730, yang menyamai Fibonacci retracement pada paras 38.2%.

Paras sokongan dan rintangan

Berita ekonomi penting tidak dijadualkan dikeluarkan hari ini; oleh itu dagangan berkemungkinan tidak akan banyak bergerak. Indikator stochastic berada di zon ‘overbought’; kedua-dua garisan menghala ke arah bawah. Histogram MACD sedang menuju ke zon positif dan mungkin akan membentuk petanda posisi ‘buy’.
Paras sokongan: 1.6730 dan 1.6720; Walaubagaimanapun sasaran utama bagi pergerakan ‘bears’ adalah paras 1.6700.

Paras rintangan: 1.6745, 1.6775 dan 1.6800.

Tips dagangan

Adalah wajar untuk membuka posisi ‘buy’ di atas paras 1.6775. Posisi ‘sell’ disyorkan selepas paras melepasi ke bawah paras 1.6700.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

USD/JPY: Pertumbuhan inflasi meletakkan tekanan pada matawang Yen


Trend semasa

Pada minggu ini harga pasangan matawang USD/JPY perlahan-lahan menurun dalam saluran sempit menuju ke bawah. Dagangan hari ini pasangan matawang ini bercampur-campur. Data berkenaan indeks harga pengguna utama di Jepun pada bulan April telah menambahkan lagi tekanan pada matawang Yen. Indeks yang berjumlah 3.4%, juga merupakan nilai tertinggi dalam tempoh 23 tahun dan telah melangkaui jangkaan sasaran pada paras 2.0%, ditentukan oleh Bank of Japan. Matawang Yen yang semakin melemah ini adalah berhubungkait dengan data awal mengenai jumlah pengeluaran industry di Jepun yang negatif. Pada bulan April indeks ini jatuh kepada 2.5%, di bawah nilai jangkaan.
                  
Tiada berita ekonomi akan dikeluarkan pada hari ini, kecuali data mengenai pada pendapatan dan perbelanjaan warga US. Menurut jangkaan kedua-dua indeks menunjukkan penurunan, yang mungkin akan meletakkan tekanan pada matawang USD.

Paras sokongan dan rintangan

Dalam masa terdekat harga mungkin akan perlahan-lahan turun ke paras 101.45, 101.27 dan 101.09. Ada kemungkinan pembetulan arah harga ke atas ke paras 101.78 akan berlaku (sempadan atas saluran arah ke bawah).

Indikator teknikal mengesahkan kemungkinan penurunan.

Bollinger bands menghala ke bawah. Histogram MACD berada di zon negatif dengan jumlah dagangan yang stabil. Garisan stochastic menghala ke bawah.

Tips dagangan

Pada situasi semasa adalah disyorkan untuk meletakkan posisi ‘sell’ daripada paras harga semasa dengan sasaran (take profit) pada paras 101.27.

(21.04.2014)

Dmitry Zolotov

Analyst of LiteForex Investments Limited 

2014/05/29

USD/CAD: pasangan matawang kemungkinan mengalami pembetulan arah harga ke bawah


Trend semasa

Pada minggu ini pasangan matawang USD/CAD telah didagangkan pada jurang 50 mata. Pelabur sedang menantikan data statistic kekunci berkenaan GDP di US dan Canada bagi suku tahun pertama Q1. Adalah dijangkakan kedua-dua indeks akan menjadi negatif. Seperti jangkaan awal, GDP Amerika boleh menurun sebanyak 0.2%, sementara GDP Canada akan meningkat sebanyak 1.8% sahaja, iaitu di bawah paras nilai sebelum ini.

Paras sokongan dan rintangan

Adalah dijangkakan dalam masa terdekat ini harga pasangan matawang akan turun ke 1.0860 (garisan tengah pergerakan purata indikator Bollinger Bands). Daripada paras 1.0838, pasangan matawang mungkin akan berpatah balik dan meneruskan pergerakan ke atas sehingga ke paras 1.0880 dan 1.0910.

Indikator teknikal menunjukkan petanda bercampur-campur. Historgram MACD sedang bersedia untuk bergerak ke zon positif dan membentuk petanda posisi ‘buy’. Garisan stochastic menghala ke bawah, mengesahkan trend pergerakan ke bawah.

Tips dagangan

Dalam situasi sekarang ini adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ dengan sasaran pada 1.0838, sekiranya harga jatuh di bawah 1.0860. Order ‘pending buy’ boleh diletakkan pada paras 1.0838 dengan sasaran pada 1.0880.


Dmitry Zolotov

Analyst of LiteForex Investments Limited 

EUR/USD: analisis umum


Trend semasa

Harga matawang Eropah terus menurun. Harga telah mencapai paras terendah iaitu pada paras 1.3575 semalam, yang juga merupakan paras kekunci. Pada ketika ini pasangan matawang didagangkan pada paras 1.3600. Sekiranya harga turun di bawah paras 1.3575, penurunan harga akan berterusan.
Penurunan matawang Euro ini adalah disebabkan oleh statistik makro EU yang lemah. Adalah diketahui bahawa pertumbuhan pembekalan duit di negara Eropah berjumlah 0.8%, ini menunjukkan paras yang rendah bagi pinjaman bagi ekonomi oleh bank dan mungkin petanda deflasi. Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, pemulihan ekonomi daripada krisis telah menjadi perlahan, yang juga memberikan impak negatif pada gaji dan permintaan agregat. Menurut penganalisis, ECB mungkin akan mengambil pendekatan untuk menggalakkan pinjaman minggu hadapan. Kemungkinan program bagi memberikan pinjaman tanpa had kepada bank-bank Eropah akan dilanjutkan (LTRO). Oleh itu, mesyuarat ECB, yang dijadualkan pada minggu hadapan akan menjadi penting bukan sahaja bagi ekonomi EU, tetapi juga kepada spekulator, yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan serangan yang mensasarkan kejatuhan matawang eropah.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1.3684 – sempadan atas saluran dagangan.

Paras sokongan adalah 1.3575 – sempadan bawah saluran dagangan.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga turun di bawah paras 1.3575 dengan order lindungan ‘Stop Loss’ pada 1.3600 dan sasaran 1.3500.


Dmitry Agurbash

Analysts of LiteForex Investments Limited

2014/05/28

GBP/USD: analisis umum


Trend semasa

Pada hari Selasa pasangan matawang GBP/USD telah menurun selepas data negatif mengenai jumlah kelulusan pinjaman perumahan di UK dikeluarkan bagi bulan April. Indeks telah jatuh 2.8 ribu berbanding bulan sebelum ini, sementara pakar menjangkakan kenaikan dalam jumlah kenaikan sebanyak 0.2 ribu. Harga pasangan matawang telah jatuh ke paras 1.6782 tetapi mengalami pembetulan sedikit ke paras 1.6800.

Adalah dicatatkan juga, matawang British ini disokong oleh jangkaan berkaitan kenaikan kadar faedah. Pada hari Isnin, timbalan pengerusi Bank of England Charles Bean berkata bahawa kadar faedah penting di UK akan dinaikkan pada musim bunga 2015.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 1.6803 (Retracement Fibonacci pada 61.8%), 1.6782 (paras terendah semalam), 1.6731 (paras terendah 15 Mei), 1.6700 (paras psikologi penting).

Paras rintangan: 1.6881 (paras tertinggi semalam), 1.6920 (paras tertinggi pada 21 Mei), 1.6996 (paras tertinggi pada 6 Mei).

Tips dagangan

Posisi ‘sell’ boleh dibuka pada paras di bawah 1.6800 dengan sasaran pada 1.6740.


Andrey Cherkas

Analyst of LiteForex Investments Limited

USD/CHF: pasangan mungkin akan mengalami pembetulan arah


Trend semasa

Pasangan matawang USD/CHF terus didagangkan dalam saluran menaik. Hari ini pasangan matawang telah mencapai paras tertinggi bagi tempoh 3 bulan pada paras 0.8982. Data yang menyokong kuat berkenaan Swiss GDP bagi suku tahun pertama tidak berjaya menghentikan kenaikan harga ini. Pada tahunannya indeks ini telah mencapai paras 2.0%, iaitu melebihi jangkaan pakar.

Disebabkan oleh kekurangan berita ekonomi penting hari ini, dagangan tidak akan mempunyai jumlah serta bergerak dengan banyak; harga mungkin akan bergerak perlahan-lahan naik ke paras 0.9000 dan 0.9030. Walaubagaimanapun, pada hari Khamis, pasangan matawang mungkin akan mengalami pembetulan yang agak ketara ke paras 0.8960 dan 0.8936, ini adalah kerana pada hari tersebut data awal mengenai US GDP bagi suku tahun pertama akan diketahui. Adalah dijangkakan indeks akan jatuh sebanyak 0.2%, yang akan meningkatkan tekanan pada matawang Amerika.

Paras sokongan dan rintangan

Indikator teknikal menunjukkan pasangan matawang akan terus menerus naik. Bollinger bands menghala ke atas. Histogram MACD berada di dalam zon positif; jumlahnya sedang meningkat. Garisan stochastic telah bersilang dan sedang menaik sekarang ini.

Paras rintangan penting: 0.8982, 0.9000 dan 0.9030.

Paras sokongan penting: 0.8960 dan 0.8936.

Tips dagangan

Dalam konteks semasa, adalah wajar bagi meletakkan posisi ‘buy’ daripada paras harga semasa dengan ‘Take Profit’ pada 0.9000. Order pending bagi posisi ‘sell’ boleh diletakkan pada paras yang sama dengan ‘Take Profit’ pada paras 0.8936.


Dmitry Zolotov

Analyst of LiteForex Investments Limited

2014/05/27

GBP/USD: Analisis dan jangkaan


Trend semasa

Minggu lalu pasangan matawang telah mencapai paras tertinggi semasa iaitu pada 1.6920 tetapi selepas kegagalan untuk harga menumpu pada paras ini, pasangan matawang mulai menurun dan berhenti pada paras sokongan 1.6830. Semalam merupakan hari cuti bagi bank di USA; oleh yang demikian sesi dagangan agak perlahan dengan jurang di antara 25 mata. Hari ini, selepas pembukaan sesi dagangan Asia, harga GBP/USD telah meningkat dan kini pasangan matawang didagangkan pada paras 1.6870.

Hari ini berita ekonomi tidak begitu ketara. Data yang akan menarik minat pelabur hanya akan dikeluarkan pada hari Khamis. Data yang akan dikeluarkan adalah GDP awal bagi suku tahun pertama di USA.

Paras sokongan dan rintangan

Indikator teknikal menunjukkan petanda bercampur-campur. Stochastic berada di zon overbought, garisannya masih belum bersilang. sekiranya garisan ini bersilang kita akan mendapat petanda bagi posisi 'sell'. Histogram MACD berada berdekatan garisan kosong menunjukkan pergerakan mendatar.

Paras sokongan: 1.6860, 1.6840 dan 1.6830. Paras terakhir bersamaan dengan Fibonacci retracement 61.8% dan merupakan paras kekunci kepada pergerakan 'bears'.

Paras rintangan: 1.6870, 1.6880, 1.6900 dan 1.6920.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi 'buy' selapas harga melepasi harga 1.6870 dengan sasaran pada 1.6920. Sekiranya harga menurun, adalah disyorkan meletakkan limited buy order pada paras 1.6830. Posisi 'sell' boleh dibuka di bawah paras 1.6820.

Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

USD/JPY: Analisis teknikal


Trend semasa

Pada minggu lalu pasangan matawang telah mencapai paras tertinggi semasa iaitu pada paras 100.80. Kali terakhir harga mencapai paras ini adalah pada bulan Februari yang lalu. Selepas harga gagal untuk melepasi di bawah paras ini, pergerakan ke bawah pasangan matawang ini telah bertukar menjadi pergerakan trend menaik. Sesi dagangan pada hari Jumaat yang lalu diakhiri pada paras 101.95. Semalam, dagangan agak lemah di saluran sempit dan mendatar. Ada kemungkinan pasangan matawang ini akan mencapai paras 102.20; walaubagaimanapun, kenaikan seterusnya agak sukar dicapai tanpa bantuan yang lain.

Indikator teknikal memberikan petanda bercampur-campur. Garisan pergerakan purata dengan tempoh 20 dan 50 bertindak sebagai garisan sokongan dan sedang diuji oleh harga. Sekiranya harga tidak melepasi paras ini, ianyanya akan memberi petanda posisi ‘buy’. Histogram MACD berada berdekatan garisan kosong. Stochastic menghala ke bawah, menunjukkan penurunan.

Paras sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 101.80, 101.65, 101.50 dan 101.30.

Paras rintangan: 101.95,102,2 dan 102.35.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’di bawah paras 101.65 dengan sasaran pada 101.00. Adalah disyorkan juga untuk meletakkan order ‘limited sell’ pada paras 102.20. Posisi ‘buy’ boleh dibuka di atas paras 102.35.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

2014/05/26

AUD/USD: analisis umum


Trend semasa

Dollar Australia telah mencapai paras tertinggi bagi tempoh dua minggu pada pengakhir minggu lalu dan berhenti berdekatan dengan paras sokongan 0.9215, yang tidak memeranjatkan, mengambil kira kata dua daripada pihak berkuasa Australia. Dua minggu yang lalu adalah diumumkan mengenai kenaikan had umur persaraan, pengurangan faedah kebajikan, peningkatan cukai dan pemberhentian sesetengah pekerja di sektor kerajaan. Pelan tindakan ini adalah reaksi kerajaan terhadap bajet deficit kerajaan, yang berjumlah 3.1% daripada GDP.
Berita penting daripada Australia tidak dijadualkan untuk keluar minggu ini. Walaubagaimanapun, tumpuan seharusnya diberi kepada data mengenai jualan rumah baru di Australia bagi bulan April, yang akan diketahui pada hari Rabu.
Paras sokongan dan rintangan
Indikator “Williams’ Percent Range” dengan tempoh 30 berada di zon ‘oversold’ dengan angka 86. Garisan pergerakan purata dengan tempoh 70, yang boleh bertindak sebagai paras sokongan tambahan pada harga, berada di paras 0.9215.
Dalam masa terdekat matawang Australia mungkin mengalami pembetulan arah harga ke atas sehingga ke paras 0.9280. Daripada paras ini harga mungkin akan berubah arah dan menurun ke paras 0.9215 dan 0.9110.
Paras rintangan terdekat adalah 0.9280.

Paras sokongan terdekat adalah 0.9215.

Tips dagangan

Dengan mengambil kira kemungkinan berlakunya pembetulan arah ke paras 0.9280, adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ pada paras 0.9240 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada paras 0.9280 dan sasaran pada 0.9110.


Aleksey Dzhaman

Analyst of LiteForex Investments Limited

EUR/USD: analisis umum


Trend semasa

Harga bagi matawang Eropah ni berterusan menurun. Pada ketika ini pasangan matawang didagangkan berdekatan dengan garisan tengah pada tempoh masa 200, iaitu paras sokongan yang kuat. Sekiranya garisan ini ditembusi ke bawah dalam masa terdekat, tekanan pada matawang Euro akan meningkat. Berita daripada Portugis mengenai kemungkinan menghadapi krisis kewangan bank telah memberikan impak negatif terhadap matawang Eropah ini. Adalah diketahui, salah satu daripada bank terbesar Negara itu, Espirito Santo International SA, tidak hanya terlibat dalam sektor kewangan, tetapi juga memegang saham dalam hotel-hotel dan klinik-klinik, yang telah menimbulkan kebimbangan pakar. Menurut maklumat daripada agensi audit KPMG, bank tersebut terdedah kepada risiko, terlibat dalam operasi kewangan yang diragui. Dalam usaha memperbaiki keadaan kewangan ini, bank ESI SA boleh menjual sekuriti pegangan berjumlah 1 billion Euro. Pakar percaya yang bank ini mempunyai terlalu banyak hutang; jesteru itu memerlukan sejumlah amaun dana yang besar bagi membayar kembali hutang-hutang ini. Sekiranya bank ESI SA jatuh bankrupt, keseluruhan sistem kewangan bank di Portugal berada di dalam keadaan bahaya, yang mungkin mencetuskan satu lagi krisis kewangan di negara itu.
Hari ini pengerusi European Central Bank akan memberikan ucapan. Sekiranya Mario Draghi menyentuh mengenai situasi inflasi di Eurozone atau memperkatakan mengenai kemungkinan pengenalan kepada pelan tindakan baru bagi meningkatkan ekonomi, ianya mungkin akan mencetuskan satu gelombang baru kepada penjualan matawang Eropah itu.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1.3672 – 0/8 Murray.

Paras sokongan adalah 1.3617 – pergerakan purata dengan tempoh 200.

Tips dagangan

Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga melepasi ke bawah paras 1.3617 dengan order lindungan ‘stop-loss’ pada 1.3645 dan sasaran pada 1.3550.

Dmitry Agurbash

Analysts of LiteForex Investments Limited

2014/05/24

EUR/USD: pasangan matawang ini akan terus jatuh


Trend semasa

Pasangan matawang EUR/USD telah jatuh sehingga ke paras terendah 1.3641. Para pelabur kecewa dengan data yang lemah daripada PMI Pengeluaran Eurozone. Indeks telah jatuh ke paras 52.5 mata, kadar paling terendah pada tahun ini. Dalam pada yang sama, data awal berkenaan PMI Pengeluaran di US mengatasi ramalan dan mencapai 56.2 mata. Petanda yang ekonomi EU semakin lemah telah membuatkan pelabur beralih arah kepada matawang US.

Berita ekonomi utama hari ini adalah laporan jualan rumah baru di US bagi bulan April. Adalah dijangka indikator ini akan meningkat daripada paras 425 000 dan menyokong Dollar Amerika.

Sokongan dan rintangan

Harga berkemungkin akan turun sehingga ke paras 1.3584 dan 1.3533, walaubagaimanapun pembetulan arah kecil mungkin akan berlaku di paras 1.3657. Indikator teknikal mengesahkan kemungkinan penurunan ini. Bollinger bands menunjukkan penukaran arah, menunjukkan trend ‘Bearish’. MACD histogram berada di zon negative, jumlah sedang meningkat. Garisan stochastic sedang melintas dan membentuk petanda untuk posisi ‘sell’.

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ pada harga semasa dengan sasaran pada 1.3584.



Dmitriy Zolotov
Analyst of LiteForex Investments Limited

AUD/USD: analisis dan ramalan


Trend semasa

Hampir keseluruhan minggu ini pasangan matawang AUD/USD berada dalam trend menurun. Harga telah gagal untuk menumpu di paras 0.9360 dan jatuh ke paras 0.9206. Penganalisis percaya bahawa Reserve Bank of Australia tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga setengah tahun 2015 dan pasangan matawang keseluruhannya terus menjunam sehingga ke paras 0.9000.

Sokongan dan rintangan

Indikator teknikal menunjukkan kenaikan pada pasangan matawang ini. MACD berada di zon oversold, memberikan petanda untuk posisi ‘buy’. Garisan petanda sedang menaik dan meninggalkan sempadan histogram, jumlah semakin berkurangan. Stochastic berada di zon ‘overbought’, menunjukkan pembelian.
Paras rintangan adalah 0.9240, 0.9265 dan 0.9300. Paras sokongan: 0.9220 dan 0.9200. Sekiranya harga turun di bawah paras 0.9200, pasangan matawang akan terus menuju ke paras 0.9150.

Tips dagangan

Pasangan matawang akan mengalami satu gelombang pembetulan arah yang baru dan juga akan cuba untuk menembusi paras 0.9265. Posisi ‘buy’ boleh dibuka di atas paras 0.9275. Posisi ‘sell’ boleh dibuka selepas penembusan paras 0.9200.



Dmitry Likhachev
Analyst of LiteForex Investments Limited 

2014/05/22

GBP/USD: analisis dan ramalan


Trend semasa

Pada hari Selasa pasangan matawang telah menumpu di atas paras 1.6820 disebabkan oleh data yang positif daripada indeks harga pengguna UK bagi bulan April. Semalam, matawang pound telah naik ke paras tertinggi yang terdekat iaitu 1.6900. Kesemua Sembilan ahli kepada Komiti Polisi Kewangan Bank of England telah sebulat suara membuat keputusan untuk membiarkan kadar faedah pada kadar yang sebelum ini. Data bagi jualan runcit juga telah mengesahkan pertumbuhan ekonomi negara itu. Jualan runcit tidak termasuk juala kereta dan bahan bakar telah meningkat 1.8% bagi tempoh bulanan dan 7.7% bagi tempoh tahunan berbanding jangkaan masing-masing 0.5% dan 5.4%.

Hari ini, GDP British bagi suku tahun pertama Q1 akan diketahui, tetapi ianya akan menjadi anggaran awal yang kedua. Adalah dijangka bahawa GDP bagi Q1 adalah 0.8%, Q2: 0.9%. Sekiranya ramalan ini terbukti betul, pasangan matawang mungkin akan kekal di paras berdekatan 1.6900.

Sokongan dan rintangan

Paras sokongan terdekat adalah 1.6880, 1.6870, 1.6840 dan 1.6830; paras yang terakhir merupakan sasaran bagi pergerakan ‘bears’.

Paras rintangan: 1.6900, 1.6920 dan 1.6940.

Tips dagangan

Kemungkinan pasangan matawang ini mengalami pembetulan arah ke paras 1.6830 adalah tinggi; pada paras ini adalah dicadangkan untuk meletakkan posisi ‘limited buy’ order. Posisi ‘sell’ boleh dibuka selepas penumpuan harga di bawah paras 1.6820.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan NZD/USD


NZD/USD, H4

Pada carta empat jam garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan mendatar. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta, keadaan awan semasa adalah menurun. Selepas kejatuhan yang panjang pasangan matawang ini telah mengalami pembetulan harga di atas garisan Tenkan-sen, yang telah menjadi paras sokongan (0.8566). Paras rintangan terdekat adalah pada garisan Kijun-sen (0.8596).


NZD/USD, D1

Mari kita lihat pada carta harian pula. Garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada atas, menghasilkan bentuk berlawanan arah ‘Dead Cross’. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan semasa berada dalam keadaan menaik. Pasangan matawang berada di bawah tekanan ‘The Cross’ dan memasuki awan; sempadannya telah menjadi paras sokongan (0.8477) dan rintangan (0.8610).

Paras kekunci

Paras sokongan:  0.8566, 0.8477.

Paras rintangan:  0.8596, 0.8610.

Tips dagangan

Pada carta empat jam kita boleh lihat pembetulan arah pergerakan ke bawah ke atas. Order ‘pending sell’ boleh diletakkan di bawah 0.8566, order ‘pending buy’ – di atas 0.8596. Pada carta harian pasangan matawang didagangkan dalam awan, adalah tidak disyorkan untuk membuka posisi dagangan jangka panjang pada harga semasa.


Anastasiya Glushkova

Analyst of LiteForex Investments Limited 

2014/05/21

GBP/USD: peningkatan Jualan Runcit UK telah melonjakkan pasangan matawang naik


Trend semasa

Data Jualan Runcit bagi bulan April hari ini telah melonjakkan GBP/USD naik sehingga ke paras tertinggi bagi dua minggu pada 1.6920. Jumlah jualan di UK telah mencapai paras 6.9% dan 1.3% masing-masing bagi jangkaan tahunan dan bulanan. Pada masa ini sebarang statistic positif daripada UK akan menguatkan matawang Pound, ini adalah kerana para pelabur sedang menantikan BOE untuk meningkatkan kadar faedah. Walaupun Mark Carney mengumumkan bahawa tiada sebarang perubahan akan berlaku sehingga tahun 2015, tetapi peningkatan inflasi boleh membuatkan beliau menukarkan fikiran.

Sokongan dan rintangan

Selepas kenaikan mendadak ini adalah dijangkakan satu pembetulan arah teknikal ke paras 1.6880 dan 1.6865. Penembusan sempadan atas MA Bollinger bands mengesahkan kemungkinan bagi pembetulan arah ini. Walaubagaimanapun, harga berkemungkinan akan terus meningkat dan mencapai paras rintangan 1.6960 dan 1.7000. MACD histogram telah melintasi garisan kosong daripada bawah, menunjukkan petanda untuk posisi ‘buy’. Garisan stochastic menghala ke atas dan bergerak ke zone ‘overbought’.

Tips dagangan

Posisi ‘buy’ boleh dibuka pada 1.6880 dengan sasaran sekitar 1.6960.



Dmitriy Zolotov
Analyst of LiteForex Investments Limited

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan USD/CAD


USD/CAD, H4

Pada carta empat jam garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada bawah, membentuk corak arah berlawanan ‘Golden cross’. Dengan bantuan ‘The Cross’ pasangan matawang telah menembusi awan, tetapi masih boleh menumpu bahagian atas sempadan atas. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; awan semasa adalah dalam keadaan menurun. Paras sokongan terdekat adalah di garisan Tenkan-sen (1.0893). Paras rintangan adalah di garisan B Senkou Span (1.0909).


USD/CAD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, kedua-duanya dalam keadaan mendatar. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta, keadaan awan masih lagi dalam keadaan menurun. Pasangan matawang telah mengalami pembetulan arah di atas garisan Tenkan-sen, yang telah menjadi paras sokongan pada 1.0871. Paras rintangan terdekat adalah di garisan Kijun-sen (1.0932).

Paras kekunci

Paras sokongan:  1.0893, 1.0871.
Paras rintangan:  1.0909, 1.0932.

Tips dagangan

Pada carta empat jam pasangan matawang didagangkan di dalam kawasan awan, adalah tidak digalakkan untuk membuka sebarang posisi dagangan baru pada harga semasa. Walaubagaimanapun, pending order bagi posisi ‘buy’ boleh diletakkan di atas paras 1.0909. Pada carta harian pergerakan harga seterusnya akan ditentukan oleh penembusan salah satu daripada garisan: Tenkan-sen ataupun Kijun-sen.



Anastasiya Glushkova
Analyst of LiteForex Investments Limited 

2014/05/20

GBP/USD: analisis dan ramalan


Trend semasa

Kadar pertukaran bagi pasangan matawang GBP/USD hampir tidak berubah semalam. Jumlah dagangan yang kurang berkemungkinan adalah daripada penantian dan jangkaan mengenai minit mesyuarat yang mana US Fed akan mengeluarkannya dalam minggu ini. Para pedagang berada dalam keadaan tidak tergesa-gesa kerana mereka masih mahu menunggu keputusan mengenai situasi ekonomi daripada pihak yang berkuasa di dalam kewangan US.

Pada carta harian pasangan matawang didagangkan berdekatan dengan pergerakan purata dengan tempoh masa 21 (1.6820). Permintaan untuk matawang British masih lagi tinggi dan para pelabur menjangkakan Bank of England akan menaikkan kadar faedah.

Laporan inflasi daripada Pejabat Statistik Negara US akan dikeluarkan hari ini, yang mungkin akan memberi sedikit galakan kepada pihak berkenaan menaikkan kadar faedah.

Sokongan dan rintangan

Paras rintangan adalah paras tertinggi semasa iaitu pada 1.6845, 1.6900 dan 1.6996.

Paras sokongan adalah pada 1.6783 (paras terendah 16 Mei), 1.6731 (pergerakan purata dengan tempoh masa 50), 1.6700 (paras psikologi penting) dan 1.6615 (pergerakan purata dengan tempoh 100).

Tips dagangan

Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘sell’ selepas harga jatuh di bawah paras 1.6783 dengan sasaran pertama pada 1.6731. Posisi ‘buy’ boleh dibuka sekiranya paras naik melepasi 1.6845 dengan sasaran pertama pada 1.6900.


Andrey Cherkas

Analyst of LiteForex Investments Limited

EUR/USD: analisis umum


Trend semasa

Jumlah dagangan bagi pasangan EUR/USD adalah rendah pada sesi dagangan semalam. Pasangan matawang bergerak dalam saluran sempit dengan paras terhad terendah pada 1.3685 dan paras terhad tertinggi 1.3734. Statistik makro-ekonomi yang boleh memberikan kesan kepada kadar pertukaran pasangan EUR/USD tidak dijadualkan pada hari ini. Esok, minit mesyuarat oleh US Fed akan dikeluarkan, ini akan memberikan gambaran jelas mengenai polisi masa depan pengawal kewangan US dan memberikan sokongan kepada matawang negara itu.

Sokongan dan rintangan

Pada carta empat jam Bollinger bands hampir-hampir mendatar, menunjukkan kekurangan aktiviti dalam pasaran. MACD histogram berada di zon negative dan jumlah sedang meningkat.

Paras sokongan: 1.3685, 1.3640 dan 1.3590.

Paras rintangan: 1.3734, 1.3770, 1.3795 dan 1.3835.

Tips dagangan

Posisi ‘sell’ boleh dibuka selepas harga jatuh di bawah paras 1.3685 dengan sasaran pada 1.3640. Pergerakan menaik adalah mungkin sekiranya pasangan matawang menumpu di atas paras 1.3734. Dalam kes ini sasaran pergerakan ‘bulls’ adalah pada paras 1.3770 dan 1.3795.


Vadim Smarzh

Analyst of LiteForex Investments Limited