2014/06/25

NZD/USD: Pelabur sedang menantikan data berkenaan US GDP



Trend semasa

Mengikuti kenaikan ketara harga kepada paras tertinggi dalam masa dua bulan pada paras 0.8749 pada hari Isnin, yang telah disebabkan oleh data yang kuat mengenai indeks aktiviti bisnes didalam sektor pengeluaran di China, pasangan matawang telah bertukar arah kepada pergerakan ke bawah. Matawang New Zealand ini berada di bawah tekanan disebabkan oleh pertelingkahan di Timur Tengah yang semain meruncing dan para pelabur tidak mahu membuat keputusan pelaburan yang terburu-buru melibatkan asset berisiko tinggi disebabkan risau terhadap konflik yang sedang meningkat.

Berita ekonomi penting hari ini adalah data rasmi mengenai US GDP bagi suku tahun pertama Q1. Data awalan menunjukkan penurunan ekonomi Amerika sebanyak 1.0%. Statistik terakhir mungkin lebih teruk lagi, menunjukkan penurunan dalam GDP sebanyak 1.7%. Sekiranya jangkaan ini terbukti benar, dollar Amerika mungkin akan jatuh dengan mendadak dan US Fed mungkin akan menyemak kembali tindakan susulan mengenai pengurangan dalam program stimulus ekonomi mereka.

Paras sokongan dan rintangan

Pada ketika ini, harga sedang meningkat dan pelabur sedang membeli matawang NZD lebih awal sebelum laporan US GDP dikeluarkan. Di sebelah siangnya pergerakan ke atas mungkin mencapai paras 0.8700 (pergerakan purata garisan tengah indikator “Bollinger bands”). Penembusan pada paras ini mungkin akan mencetuskan kenaikan sehingga ke paras 0.8737 (garisan atas indikator “Bollinger bands”).

Indikator teknikal tidak memberikan sebarang petanda yang jelas. Histogram MACD telah memasuki zon negatif, membentuk petanda posisi ‘sell’. Garisan stochastic, menunjukkan percanggahan, telah bersedia untuk meninggalkan zon ‘oversold’ dan membentuk petanda posisi ‘buy’.

Tips dagangan


Dalam situasi sekarang ini adalah wajar untuk membuka posisi ‘buy’ daripada paras harga semasa dengan sasaran pada paras 0.8737. Order ‘pending buy’ juga boleh diletakkan pada paras yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan