2014/06/12

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan XAU/USD


XAU/USD, H4

Mari kita lihat pada carta empat jam. Garisan Tenkan-sen berada di atas Kijun-sen, kedua-duanya berada dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta; keadaan semasa Awan-Kumo berada dalam keadaan menaik. Pasangan matawang masih lagi didagangkan di dalam awan, sempadan atas merupakan paras rintangan terdekat iaitu pada (1266.71). Paras sokongan adalah pada garisan Kijun-sen (1255.31).



XAU/USD, D1

Pada carta harian garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, garisan biru menghala ke bawah, sementara garisan merah kekal dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di atas harga carta, keadaan awan semasa berada dalam keadaan menurun. Selepas kejatuhan yang ketara harga telah mengalami pembetulan arah di atas garisan Tenkan-sen, yang kini telah menjadi paras sokongan (1252.66). Garisan Kijun-sen adalah paras rintangan terdekat (1274.55).

Paras kekunci

Paras sokongan:  1255.31, 1252.66.

Paras rintangan:  1266.71, 1274.55.

Tips dagangan

Pada carta empat jam pasangan matawang telahpun memasuki awan; adalah tidak digalakkan untuk membuka sebarang posisi baru pada harga semasa. Order ‘pending buy’ boleh diletakkan di atas paras 1266.71 dengan sasaran pada 1290.00.


Anastasiya Glushkova

Analyst of LiteForex Group of Companies

Tiada ulasan:

Catat Ulasan