2014/06/09

GBP/USD: analisis dan jangkaan


Trend semasa

Minggu lepas pasangan matawang GBP/USD telah berjaya mengatasi paras 1.6800 walaubagaimanapun, selepas kenaikan itu kelajuan pergerakan semakin perlahan. Berikutan respon daripada data berkenaan pasaran pekerjaan di US yang dikeluarkan pada hari Jumaat lepas, pasangan matawang terus kembali semula ke paras 1.6775 dan kemudiannya seperti jangkaan, kembali ke paras 1.6820. Adalah dijangka pasangan matawang GBP/USD ini akan didagangkan dalam saluran sempit di bawah paras 1.6830, dibawah tekanan daripada pergerakan ‘bears’. Pergerakan ‘bulls’ kini memerlukan momentum sokongan tambahan dalam usaha untuk mengatasi semula paras 1.6830, yang bersamaan dengan garisan Fibonacci pada paras 61.8%. Berita ekonomi penting British akan hanya dikeluarkan pada hari Rabu; iaitu keputusan jumlah pengangguran, purata gaji dan kadar pengangguran.

Sokongan dan rintangan

Paras sokongan: 1.6820, 16800 dan 1.6775.

Paras rintangan: 1.6830, 1.6840, 1.6855 dan 1.6880.

Tips dagangan


Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘buy’ di atas paras 1.6830 dengan sasaran pada 1.6880. Posisi ‘sell’ boleh dibuka selepas harga melepasi ke bawah dan menumpu di bawah paras 1.6775.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

Tiada ulasan:

Catat Ulasan