2014/06/19

EUR/USD: Analisis umum


Trend semasa

Matawang Eropah telah meningkat sedikit berbanding dollar Amerika semasa sesi dagangan hari Rabu. Ketika ini pasangan matawang EUR/USD didagangkan di atas paras 1.3550, yang bersamaan dengan paras Murray 1/8. Sedikit masa lagi harga boleh mencecah ke paras 1.3672.
Matawang Euro yang semakin kuat ini dikaitkan dengan berita bahawa European Central Bank (ECB) boleh menangguhkan perlaksaan program insentif beberapa bulan lagi disebabkan oleh bank-bank di Eropah tidak mahu bekerjasama untuk meningkatkan pinjaman. Pihak berkuasa Eropah sedang merangka untuk menjalankan kajian untuk mengetahui sama ada program insentif boleh menggalakkan pemulihan ekonomi dan menghapuskan kadar inflasi yang rendah; selepas itu tarikh program insentif boleh ditentukan.
Adalah diketahui baru-baru ini wakil-wakil daripada Perancis dan Jerman bercadang untuk membentangkan kepada Komiti Eropah satu draf untuk mengatasi peraturan bagi mengurangkan bajet deficit. Menurut draf ini cadangan untuk mengurangkan beban cukai terhadap bisnes dan individu akan meningkatkan kenaikan aktiviti bisnes di Eurozone.
Paras sokongan dan rintangan
Paras rintangan terdekat adalah 1.3550 – Murray 1/8.

Paras sokongan: 1.3672 – Murray 0/8.

Tips dagangan


Adalah dicadangkan untuk membuka posisi ‘buy’ selepas penembusan paras 1.3600 dengan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.3580 dan sasaran pada 1.3660.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan