2014/06/02

EUR/USD: analisis dan jangkaan


Trend semasa

Minggu lepas pasangan matawang cuba untuk memulihkan kembali kerugian mata; walaubagaimanapun, ia gagal melepasi paras 1.3668 dan mulai turun sehingga ke paras 1.3585, iaitu paras terendah bagi bulan Februari. Indeks harga pengguna Eropah yang dikeluarkan hari ini, berada di bawah jangkaan, yang juga boleh menjadi salah satu sebab kepada pengenalan polisi pemulihan kewangan oleh ECB.

Minggu ini akan menjadi minggu yang aktif bagi berita ekonomi Eropah, yang akan menentukan pergerakan arah pasangan matawang. Esok, kadar pengangguran di EU akan dikeluarkan; pada hari Rabu- GDP Eropah. Pada hari Khamis mesyuarat ECB akan diadakan, adalah dijangkakan kadar faedah akan diturunkan sebanyak 0.15% pada mesyuarat ini. Pada hari Jumaat berita ekonomi penting Amerika akan dikeluarkan – Non Farm Payroll. Pasangan EUR/USD mungkin akan terjejas dengan ketara, yang mungkin akan menyebabkan penurunan kepada paras terendah semasa iaitu pada paras 1.3480.

Sokongan dan rintangan

Paras sokongan terdekat adalah pada 1.3600, yang akan diikuti oleh paras kekunci pergerakan ‘bears’ pada paras 1.3585.

Paras rintangan adalah pada 1.3635, 1.3668 dan 1.3700.

Tips dagangan

Posisi ‘buy’ boleh dibuka selepas harga melepasi paras 1.3668. Posisi ‘sell’ adalah disyorkan selepas penumpuan harga di bawah paras 1.3585. Adalah menjadi perkara biasa, jumlah dagangan bagi pasangan matawang ini akan menjadi tinggi pada minggu ini, yang akan memberikan peluang yang baik kepada pelabur; walaubagaimanapun jangan lupakan order lindungan ‘stop loss’ sebagai langkah berhati-hati.


Ilya Lashenko

LiteForex Investments Limited Analyst

Tiada ulasan:

Catat Ulasan