2014/06/18

Forex: Awan Ichimoku. Ulasan XAU/USD



XAU/USD, H4

Pada carta empat jam garisan Tenkan-sen telah melintasi Kijun-sen daripada atas, menghasilkan bentuk ‘Dead Cross’ berlawanan arah. Garisan Chinkou Span mendekati harga carta daripda atas; keadaan awan sedang menaik. Selepas kejatuhan ketara pasangan matawang telah dibetulkan arah pergerakan di atas garisan merah, yang kini telah menjadi paras sokongan (1266.74). Walaubagaimanapun, trend ke bawah (Bearish) masih lagi kuat dan rintangan seterusnya untuk harga menuju ke bawah adalah sempadan atas awan pada 1258.30. Paras rintangan terdekat adalah pada garisan Kijun-sen (1271.59).


XAU/USD, D1

Mari kita lihat pada carta harian. Garisan Tenkan-sen berada di bawah Kijun-sen, garisan merah menghala ke atas, sementara garisan biru kekal dalam keadaan melintang. Garisan Chinkou Span berada di bawah harga carta; keadaan awan semasa berada dalam keadaan menurun. Pasangan matawang sedang tersepit di antara garisan Tenkan-sen dan Kijun-sen, yang masing-masing telah menjadi paras sokongan (1265.15) dan paras rintangan (1274.57).

Paras kekunci

Paras sokongan:  1266.74, 1265.15, 1258.30.
Paras rintangan:  1271.59, 1274.57.

Tips dagangan

Pada carta empat jam kita boleh lihat pembetulan arah pergerakan ke bawah. Ini adalah satu peluang yang baik untuk membuka posisi dagangan ‘sell’ dengan sasaran sekitar 1258.30. Pada carta harian pergerakan harga seterusnya akan ditentukan oleh penembusan salah satu paras: Tenkan-sen ataupun Kijun-sen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan