2014/06/06

GBP/USD: analisis umum


Trend semasa
Dagangan semalam pasangan matawang GBP/USD menunjukkan peningkatan yang kukuh dengan berita ekonomi berkenaan harga rumah di UK menunjukkan kadar pertumbuhan yang tertinggi sejak 12 tahun yang lalu. Indeks telah meningkat sebanyak 3.9% pada bulan Mei. Dalam usaha untuk mengekalkan peningkatan harga rumah dan menggalakkan pertumbuhan perbelanjaan dan pelaburan, Bank of England memahami keadaan ini dan akan mengekalkan kadar faedah pada paras 0.5% selagi tekanan inflasi kekal pada tahap yang rendah. Oleh itu, keputusan Bank of England hari ini berkenaan kadar faedah telah pun diambil kira pada harga semasa. Hari ini, tumpuan akan diberikan kepada berita ekonomi berkenaan baki dagangan British dan jumlah pekerjaan baru di luar sektor pertanian di USA.
Sokongan dan rintangan
Harga telah pun berada dalam keadaan trend menurun pada bulan lepas dan pada ketika ini paras rintangan terdekat adalah pergerakan purata dengan tempoh masa 200 dan sempadan atas saluran dagangan (1.6830). Indikator “Williams’ Percent Range” berada di zon ‘overbought’, memberikan petanda tambahan bahawa pasaran sedang bergerak dalam trend “bearish” ke tahap paras terendah terakhir minggu ini. Paras sokongan adalah pada paras tertinggi semasa iaitu pada 1.6740.
Tips dagangan
Adalah disyorkan untuk membuka posisi ‘sell’ pada harga semasa dengan sasaran pada 1.6755 dan order lindungan ‘stop loss’ pada 1.6830.

Cadangan dagangan
Entri point: 1.6815 (Sell)
Take profit: 1.6755 (Sell)
Stop Loss: 1.6830 (Sell)

Paras kekunci: 1.6830, 1.6740

Tiada ulasan:

Catat Ulasan